nORANIZA iDRIS kAHWIN lAGI...!



Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang popular dengan lagu etnik kreatif serperti Hati Kama suatu ketika dahulu iaitu Noraniza Idris. Beliau merupakan antara penyanyi yang gigih menaikkan taraf muzik etnik kreatif di mata umum dan berjaya di dalam kariernya. Sudah hampir sekian lama tidak mendengar khabar penyanyi ini dan semalam telah diadakan satu sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai perkahwinan beliau yang bakal diadakan secara besar-besaran pada 29 September ini.

Umum mengetahui bahawa Noraniza Idris,43 pernah melayari bahtera perkahwinan sebanyak dua kali sebelum ini serta dikurniakan dua orang anak lelaki dan ini merupakan perkahwinan kali ketiganya bersama Jefri Hudi, 52. Lebih istimewa, pasangan ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 22 April 2011 dan seterusnya menetapkan tarikh pernikahan. Bagi Jefri, ini merupakan perkahwinan kali kedua beliau dan beliau telah menduda hampir 13 tahun dan dikurniakan empat orang anak berusia dalam lingkungan 15 hingga 26 tahun.


Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana Johor Bahru dan ianya turut diadakan seiring dengan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.

Pasangan ini tidak menyangka bahawa perkahwinan mereka akan diadakan secara besar-besaran namun setelah keluarga Jufri menetapkan tarikh bernikah pada 1 Oktober 2011, mereka terus merancang untuk melangsungkan majlis mereka pada 29 September 2011 bersempena dengan festival tersebut.
Majlis perkahwinan mereka dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Tiada ulasan: