Fenomena bulan mengelilingi kaabah adalah palsu
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang menghebahkan dakwaan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang berlaku di Mekah malam kelmarin.
Fenomena yang kononnya berlaku sehingga semalam itu turut tersebar meluas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan dihantar oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana tiada kejadian unik atau ganjil dari segi pergerakan atau kedudukan bulan pada malam tersebut.
“Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya.
Fairos menambah, dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat demikian.
:: siapalah menangguk di air keruh di akir-akhir 10 ramadhan ni ya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan