Kembar Empat

MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.


Penantian sepasang suami isteri Mohd Rizal Shaari (33) dan Norhayu Mat Hanafi (29) dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu. Nama puteri-puteri mereka : Puteri Nur Adlina (1.2kg)
Puteri Nur Adriana (0.9kg)
Puteri Nur Afina (1.0kg)
Puteri Nur Aina (1.1kg)

Tiada ulasan: